Saturday, 4 May 2013

Global warming satu penipuan?



Ketika Al Gore menerbitkan filem dokumentarinya yang bertajuk "An Inconvenient Truth", seakan-akan kita mengetahui hanya ada satu kebenaran. Manusia adalah kambing hitam dek kerana lenyapnya gumpalan-gumpalan ais di kutub, setelah berlaku peningkatan suhu bumi dan atas bencana-bencana alam yang terjadi.

Namun, tahukah anda bahawa sebahagian ilmuwan tidak mempercayai itu? Konsesi bersama itu telah mendapat counter consensus dari para ilmuwan yang berprofil tinggi. Dan sekarang saya akan menceritakan kepada anda apa yang disebut teori konspirasi pemanasan global.

Pemanasan global adalah sebuah hoax (penipuan) , dakwa sesetengah golongan profesional yang berkaitan dari kubu kontra Gore. Suhu bumi sesungguhnya hanya berubah sekitar 1 darjah Fahrenheit dalam tempoh satu abad. Tambahan lagi, planet bumi ini telah mengalami 'period zaman ais'.

Salah seorang yang berpendirian sedemikian ialah Steven Milloy yang memiliki kelulusan dalam bidang Natural Science dan Master dalam bidang Biostatistik dari Universiti of John Hopkins. Beliau ialah salah seorang juri bagi American Association for The Advancement of Science Awards selain pernah diminta oleh kongres Amerika Syarikat untuk menjadi saksi mengenai masalah-masalah berkaitan.

Steve Milloy telah menawarkan sejumlah $500,000 kepada sesiapa yang boleh "membuktikan, secara saintifik, bahawa manusia adalah penyebab kepada pemanasan global yang bahaya..."

Milloy menegaskan bahawa pemanasan global adalah "Ibu dari segala ilmu pengetahuan sampah". Ia merujuk kepada perubahan-perubahan suhu bumi yang terjadi secara semulajadi tanpa campur tangan manusia.

Beliau juga merujuk kepada Protokol Kyoto yang dianggapnya sebagai suatu lelucon. Protokol ini bertujuan untuk mengurangi pembebasan gas karbon dunia menjadi 8% pada tahun 2012. 8% adalah tahap bagi pembebasan gas karbon dunia pada tahun 1990. Kita juga tahu, sekali lagi Amerika (ketika dibawah Presiden Bush) menjadi 'naughty boy' yang menolak protokol ini, dengan mendapat sokongan negara-negara Eropah.

Tentunya Amerika dan Eropah akan bersikap seperti itu kerana mereka sendiri tahu bahawa ia hanyalah sebuah dongeng global yang sengaja dimainkan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sebuah kajian dari Russia (bukan Amerika) menunjukkan bahawa konsentrasi gas rumah kaca di atmosfera berada pada tahap sekitar 370 PPM (per Million) dan bila protokol Kyoto diikuti, maka hal itu hanya akan merubah 1 atau 2 PPM saja pada tahun 2012.

Dengan menggunakan data yang disediakan oleh mereka yang mempromosikan Protokol Kyoto, jika setiap negara meratifikasi protokol tersebut, temperatur global rata-rata hanya akan berkurang sekitar 0,0015 darjah centigrades. Pada tahap ini, diperlukan 667 tahun dan $100 Trillion untuk menurunkan suhu bumi sebanyak 1 darjah centrigades.

Dan satu lagi, ketika kita, manusia dianggap sebagai kambing hitam penyebab pemanasan global, EPA (Environmental Protection Agency) menganggarkan bahawa 25% pembebasan gas metana yang dilepaskan ke Atmosfera berasal dari 'kotoran ternakan'. Kotoran ini turut menyumbang 65% nitrooksida. Akhbar The New York Times pada 27 Januari 2008 mempunyai laporan lanjut.



Mungkin ada diantara pembaca pernah menerima email yang menganjurkan anda untuk berhenti memakan daging untuk mengurangi pemanasan global.

Tidak hairan jika banyak orang yang mengatakan bahawa isu pemanasan global adalah salah satu strategi untuk menghasilkan keuntungan bagi pihak-pihak tertentu. Tentu saja bagi mereka, pihak-pihak berkaitan tersebut adalah Al Gore and Friends, dan Gore dituding sebagai pencetus terjadinya konspirasi global ini.



Pada tahun 2006, Al Gore terbang (dengan pesawat peribadi) dari rumah mewahnya di Tennesse ke Hollywood dimana beliau menerima Oscar untuk filem dokumentarinya "An Inconvenient Truth" yang memperingati bahaya akan pemanasan global dan bahaya peenggunaan berlebihan bahan bakar fosil.

Kita sebagai orang awam, menonton filem itu dan berkata "Wow...saya baru tahu tentang itu." Tapi nampaknya para saintis yang bijaksana telah menemui banyak pembohongan dalam filem itu. Gore dengan 'berhati-hati' menyatakan bahawa manusialah penyebab pemanasan global. Padahal seperti yang sudah saya katakan sebelumnya, sekelompok saintis berprofil tinggi di dunia turut menolak teori tersebut (termasuk Edwin Aldrin, manusia kedua yang berjalan di bulan). Ramai juga yang mengetahui hakikatnya, Al Gore adalah di antara 'mereka-mereka' yang menerima sumbangan besar dari pentadbiran Clinton (ketika Gore menjadi wakil presiden).

Ketika konsert Live Earth Concert 7/7/7 yang diselenggarakan oleh keluarga Rothschild, Al Gore mengumumkan bahawa sebuah pajakan karbon dalam skala Global untuk memerangi pemanasan global akan diwujudkan. Ia tentunya akan memberikan keuntungan kepada beberapa orang pemimpin dunia.
Disqus Comments