Thursday 26 September 2013

KENAPA ARAH PUTARAN LAWAN JAM ADALAH ARAH YANG SEBENAR-BENARNYA MENGIKUT FITRAH KEJADIAN ?

Sila renungkan pergerakan jarum jam anda. Siapakah selama ini 'Master-mind' yang merencanakan sesuatu itu bergerak songsang / terbalik dari Fitrah semulajadi yang telah ditetapkan Allah ? Umat manusia diakhir zaman telah pun diberi amaran oleh nabi dan rasul terdahulu. Tidak lain dan tidak bukan yang mencaturkan segalanya adalah dari si mata satu. Dialah yang merancang jam yang anda pakai hari ini bergerak KE ARAH KIRI kerana bayang-bayangnya untuk muncul semakin hampir. Segala jaringannya telahpun ada di depan mata anda kini untuk perlaksanaan fasa terakhirnya.




“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)


Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf atau anticlockwise.



Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).




Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan tetikus komputer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.

Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.




Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf atau anticlockwise. Perhatikan juga kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf. Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.




"Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman." (Al-Ankabut, 29:44)




Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.

Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.



Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Apakah Kesimpulan ?

Putaran ke kanan menghasilkan medan tenaga. Sebenarnya Allah telah mencipta pergerakan ini untuk menghasilkan tenaga yang sekaligus untuk menampung dan menjadi keseimbangan dunia ini. Dari sekecil-kecil sehinga sebesar-besar objek memerlukan putaran ini supaya semuanya dalam keadaan yang seimbang.

Selain itu marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Semoga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu disamping mendapat manfaat untuk diri kita.
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Disqus Comments