Respon Rabecca Nur Al-Islam isu fesyen Teletubbies bertudung - Semalam, nama Rabecca Nur Al-Islam hangat diperkatakan orang ramai selepas beberapa keping gambarnya dalam keadaan berpakaian busana merah ketat menyerupai kartun Teletubbies telah tersebar di internet.
Memandangkan kesemua gambar tersebut diambil dalam laman Instagram milik pelakon itu yang sudah diprivatekan, maka Rabecca menyifatkan perbuatan tersebut dilakukan oleh salah seorang pengikutnya yang tidak bertanggungjawab.
Dalam respon aktres berusia 32 tahun itu menerusi akaun Instagramnya hari ini, dia turut menyatakan kekesalan akibat dimalukan. Oleh itu, Rabecca menyamakan penyebar itu sebagai pembunuh senyap-senyap atau SILENT KILLER.