Saturday, 6 April 2013

ibu yg paling banyak anak di dunia

Siapakah wanita yang memiliki anak terbanyak di dunia yang dilahirkan daripada rahim sendiri?










Tidak ada maklumat yang jelas tentang wanita ini. Yang pastinya beliau ialah isteri pertama Feodor Vassilyev (1707-1782), seorang petani dari daerah Shuya, Rusia.

Dia dikatakan telah melahirkan seramai 69 orang anak, antaranya 16 kali anak kembar dua, 7 kali bayi triplets (kembar tiga), 4 kali bayi quadruplets (kembar empat).

Wanita ini adalah isteri pertama Feodor Vassilyev yang dikatakan telah membunuh diri atas sebab yang tidak diketahui. Feodor kemudiannya berkahwin lain, dan hebatnya dia berjaya memujuk isteri keduanya untuk mengurus 69 orang anaknya.

Fakta yang menarik lagi, dari 69 kelahiran, yang selamat adalah 67 orang. Jika setiap daripada anak itu menghasilkan 2 orang anak lagi (jumlah yang sangat rendah untuk standard zaman dahulu), dan jika dari 2 anak tersebut menghasilkan 2 orang anak lagi, dan dengan perkiraaan jarak antara generasi sekitar 25 tahun, maka ketika ini keturunan Feodor sudah mencapai 70 ribu orang.
Disqus Comments