Saturday, 6 April 2013

Misteri Peradaban Masyarakat Awan Chachapoyas

Misteri peradaban kuno, Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas iaitu sebuah kawasan milik "masyarakat awan" yang hilang sejak ratusan tahun lalu telah berhasil ditemui. Panggilan “masyarakat awan” itu mungkin dikeranakan mengacu pada pergunungan andes yang seringkali diselimuti oleh gumpalan awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang wujud sejak abad ke-9 ini sehingga kini masih menjadi misteri dan sulit untuk dirungkaikan misterinya kerana mereka tidak banyak meninggalkan catatan mengenai peradaban masyarakat mereka.



Meskipun peradaban ini telah hilang tanpa jejak selama ratusan tahun, namun kesan peradaban kota Chachapoyas yang kini masuk ke dalam wilayah utara Peru masih dapat ditemui. Deretan patung-patung menghadap ke arah matahari terbit yang terkenal dengan panggilan “tentera awan” tetap berdiri tegak sehingga kini. Patung-patung tersebut melambangkan keperkasaan masyarakat mereka pada masa lalu.

Tapak Karija ini telah dibangunkan hampir 1 abad yang lampau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan sebuah tapak perkuburan. Setiap patung memberikan gambaran kedudukan darjat tokoh tersebut ketika hidup. Mungkin boleh dikatakan mirip seperti tapak² perkuburan di Tanah Toraja, Sulawesi.



Patung-patung terbabit diperbuat daripada clay dan plant matt di mana di dalamnya terdapat jasad mayat (mumia) para tokoh Chachapoyas. Yang uniknya posisi patung berisi mumia tersebut sangat sukar dijangkau. Entah bagaimana masyarakat pada zaman itu membawa dan menempatkannya di sana. Kerana setakat yang diketahui sehingga artikel ini ditulis masih tidak dapat dipastikan laluan yang digunakan untuk membawa patung² tersebut ke atas sana. Wallahualam. (kajian terkini mungkin sudah tahu, wallahualam).

Kisah bagaimanakah kehidupan di Chachapoyas hampir² terus menjadi misteri kerana kedudukannya sangat terasing. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini telah ditemui pada tahun 2008 di hutan tebal Amazon yang sangat terasing oleh kumpulan ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km ke sebelah timur laut negara Lima.





Kumpulan arkeologi terbabit telah menemui benteng-benteng daripada batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepian jurang dan sisa-sisa tembok yang terukir dengan lukisan-lukisan yang di pahat di bebatuan. Mungkin ia dibina oleh masyarakat awan tersebut bagi melindungi diri mereka daripada musuh.

Sayangnya, tidak banyak yang diketahui tentang peradaban kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit sahaja catatan berkenaan hal ini, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang pada abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas ini berada di atas pergunungan. Mengikut sebuah teori ideologi, kota Chachapoyas ini sengaja dibina pada kedudukan yang tinggi tersebut untuk menjadi pertahanan terhadap serangan musuh.

Akan tetapi nasib mereka menjadi tidak menentu ketika Empayar Inca semakin berkembang dan berjaya pula menakluki Kota Chachapoyas sekitar 500 tahun lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas sempat memberi tentangan keras, namun kekuatan Tentera Empayar Inca tidak dapat ditandingi. Namun ketika Sepanyol datang ke tanah mereka pada tahun 1535 maka terbitlah sedikit cahaya kebebasan daripada cengkaman Empayar Inca. Baki masyarakat Chachapoyas yang masih hidup telah berpihak pada Sepanyol untuk berperang melawan Suku Inca. Namun kemudian mereka telah diserang oleh penyakit orang eropah iaitu cacar yang seterusnya melenyapkan sebahagian besar populasi masyarakat mereka.



Penulis sejarah Cieza Pedro de León menukilkan, susuk tubuh orang-orang Chachapoyas adalah berkulit putih dan tampan, kaum wanitanya cantik menawan. Itulah antara sebabnya mengapa ramai orang lelaki daripada suku Inca ingin menjadikan wanita dari Kota Chachapoyas sebagai isteri mereka. Makam tokoh orang-orang awan ini dichullas, di sisi tebing yang dicat dengan atap runcing, khususnya yang ditemui di Revash. Namun yang paling mengasyikkan daripada peninggalan monumen² Chachapoyas adalah Kuelap iaitu sebuah benteng monumental yang berada pada ketinggian 9.500 meter di atas permukaan laut. Bangunan tersebut pada bahagian luarnya dilindungi oleh batu-batu besar.


Kuelap

Di Kuelap, terdapat sekitar empat ratus bangunan yang mungkin telah dimakamkan dengan kira² 3.500 buah kubur. Bandingkan dengan bangunan milik bangsa Inca, Manchu Picchu yang terkenal itu. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahawa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membina sesuatu yang luar biasa.





Siapakah yang tahu apakah lagi yang akan ditemui di pedalaman pergunungan andes di amazon ini? Sememangnya semuanya masih menjadi misteri, semisteri Kota Chachapoyas ini. Kekurangan catatan mengenai suku bangsa Chachapoyas telah melontarkan pelbagai bentuk persoalan apakah mampu untuk menguak sejarah kisah “orang-orang awan” ini.
Disqus Comments