Wednesday, 10 April 2013

Pekak dan Kehidupan






Ok Ok…Mesti pagi2 yang indah ni, semua orang segar dan bersemangat untuk berkerja (bagi yang berkerja la kn) ataupun semangat untuk tidur bagi yang tak berkerja.

Ok, pagi ni guwa nak share cite pasal pekak dalam kehidupan kita. Guwa perhatikan dari masa ke semasa. Dalam kehidupan kita sebagai manusia yang normal ni, kadang2 ade gak unsur2 OKU.

Korang pon mesti pernah hadapi situasi ni. Guwa memang bengang dengan manusia yang normal tapi ade masalah pekak ni yang menggangu life orang lain. Moh kita cek one by one jenis manusia pekak abadi ni. Guwa amek top 4 yang paling annoying je la.

4 – Pekak Handphone
Ni la antara jenis manusia yang guwa bengang. Suka pasang ringtone handphone kuat2. Kalau boleh 5 batu da boleh dengar bunyi handphone dia. Lepas tu cakap pulak kuat dan lantang. Macam pidato….

3 – Pekak Kereta
Jenis ni adalah jenis yang tak sedar diri. Kenapa?? Sebab bawa kereta proton @ perodua, tapi ekzos macam Ferrari @ Lambo. Paling laka-laka bila kereta kancil pakai ekzos camtu. Bunyi kemain kuat. Macam laju je bunyi dia, tapi jalan macam siput. Kalau la kereta kancil tu boleh cakap, mesti dia nak jadi tiang letrik ke, lampu ke. Tak la dia malu sangat.

2 – Pekak TV
Jenis ni pon satu hal gak. Suka tengok TV pastu bukak volume TV kuat2. Kadang2 tengah syok kita tido, pastu jenis manusia ni buka TV, terus tak boleh tido. Bertambah geram lagi bila dia Tanya ‘tak tido lagi ke??’ Argkhhhh!!!! Jenis manusia apakah ini??

1 – Pekak Motorsikal
No. 1 ni guwa memang sakit hati. Mane tak nye, bayangkan la, bunyi ekzos motorsikal mengalahkan bunyi motorboat. Lagi2 kalau malam. Tengah kita bermain2 mate nak tido, lepas tu datang malaun ni, prong preng prong preng bunyi motor dia. Cuba bayangkan family yang ade anak kecil. Kesian kat diorg. Budak nak tido pon tak senang. Ni la manusia dengan tahap yang diketegorikan pekak abadi
Disqus Comments