Thursday 16 January 2014

Sultan Brunei sambut Maulidul Rasul dalam hujan, anak bayar Mariah Carey RM4.9 juta


Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal 1435H lalu bagi tahun 1435H/2014M dalam hujan.

Basah kuyup meredah hujan demi tanggungjawab baginda untuk bersama-sama dengan rakyat.

Baginda juga sebelum ini, 22 Oktober lalu mengumumkan pelaksanaan undang-undang syariah secara berperingkat di negara itu termasuk hukuman rejam hingga mati bagi kesalahan zina. 

Namun apa yang ingin ditunjukkan Sultan Brunei dengan penerapan nilai-nilai Islam menjadi "tak cantik" kerana puteranya. 

Dikhabarkan sebelum ini penyanyi antarabangsa Mariah Carey dijemput anak Sultan Brunei, Putera Azim dan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi pada malam tahun baru.

Daily Mail melaporkan Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester. 


Disqus Comments