Kata Bung pakaian Teresa Kok tak sesuai semasa persidangan.
“Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.
Teresa Kok bangun dan meninta Bung menarik balik kenyataan tersebut.
“Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan
bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna
kuning.
“Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.
Pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh
memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu, kata
Bung lagi.
“Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” kata Ismail.
Teresa Kok meminta dua orang jurugambar merakam gambarnya di luar Dewan selepas itu.
“Saya minta mereka tolong ambil gambar saya. Tengok, apa salahnya baju saya? Tak cantik ke?
“Gila ahli-ahli Parlimen lelaki BN ini,” katanya lagi dipetik Malaysiakini.
Bung amat-amat ambil kisah skirt Teresa Kok yang ke paras lutut….