Sunday 7 April 2013

Kenching Kotor - Masalah ketika mengandung


Puan wife guwa ni slalu ngadu sakit perut aka bisa2 kat perut. Ye la kan, 1st time ngandung. Mana la kita ni ada ilmu sakit2 pelik ni. Guwa tau, time ngandung ni xleh letak ubat2 kat perut. Nanti efek kat baby.

Guwa malas nak cite panjang guwa pon pendekkan la. Macam entri guwa before ni, guwa ade mention yang wife guwa warded sbb kencing kotor. Bak kata Dr Khairiah (Pakar O&G):-

Kebanyakan masalah kencing kotor adalah disebabkan oleh kuman yang merebak dari luar (ascending infection) dan kencing        tertahan (urine retention). Perempuan secara umumnya lebih senang untuk terkena jangkitan ini kerana salur kencing dan pundi kencing ke luar (urethra) prempuan lebih pendek. Oleh yang demikian, kuman dari luar akan lebih senang untuk masuk ke dalam pundi kencing dan menyebakan jangkitan.

Jika seseorang itu kerap mendapat kencing kotor, satu ujian terhadap sistem saluran kencing per lu dibuat untuk memastikan tiada masalah dengan salur kencing itu sendiri. Pesakit boleh menjalani ujian cystoscopy atau intravenous urogram. Ini biasanya tidak melibatkan kemasukan ke hospital atau pembedahan dan boleh dilakukan dalam tempoh satu hari.

Mencegah Masalah Kencing Kotor
  • Minum air yang cukup dan jangan menahan kencing - air minuman mebantu mencairkan air kencing dan memastikan bahawa anda akan membuang air kecil lebih kerap. Oleh yang demikian ia membenarkan bakteria akan dibuang dari saluran kencing anda sebelum jangkitan boleh mula.
  • Pastikan kebersihan bahagian kemaluan / preneum dijaga dengan sempurna terutamanya bagi para ibu yang baru lepas bersalin.
  • Jika anda mengelap air kencing, mulakan dari depan ke belakang - membantu mencegah bakteria di bahagian dubur daripada merebak ke faraj dan uretra.
  • Kosongkan pundi kencing sejurus selepas persetubuhan. Juga minum segelas penuh air untuk membantu bakteria dikeluarkan.
  • Elakkan produk feminin yang berpotensi untuk membawa mudarat seperti menggunakan semburan deodoran atau lain-lain produk feminin seperti douches dan serbuk di kawasan kemaluan kerana ini boleh merengsakan uretra.

Nah, punya lah bahaya kencing kotor ni. So, kepada preggy women kat luar sana, sila berjaga-jaga ye. Ikut saranan doktor ni. Ataupun boleh amalkan minum jus lobak putih @ radish. Bukan white carrot ye...hehehehe

Disqus Comments