PUTRAJAYA 26 April - Timbalan Pengarah Kastam Perkastaman/Cukai Dalam
Negeri, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat
oleh penunggang motosikal di sini pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi di persimpangan lampu
isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.
Mangsa yang ketika itu dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja
bersama pemandunya telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
sebelum disahkan meninggal dunia. Allahyarham berasal dari Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang tegas dan berani bersuara
kredit http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130426/je_06/Timbalan-Pengarah-Kastam-maut-ditembak