Saturday, 4 May 2013



Anda rasakan diri anda paling susah dan malang di dunia ini?

Jika anda fikirkan sebegitu, mungkin anda silap. Tentunya ada orang yang lagi susah dan seharusnya kita sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah diberi dan dikurniakan sepanjang tinggal di negara Malaysia yang aman damai dan makmur ini.

Di Manila, Filipina terdapat sekumpulan penduduk miskin di sana yang tidak mempunyai tempat berteduh sehinggakan terpaksa menjadikan kawasan tanah perkuburan sebagai tempat tinggal mereka sekeluarga.

Sedih bukan?

Dilaporkan, sehingga tahun 2012, terdapat lebih 6000 penduduk miskin yang terpaksa menjalani gaya hidup sebegitu disebabkan kadar kemiskinan yang tinggi di negara tersebut.

Mereka memacakkan papan dan tiang kayu di sekitar batu nisan untuk mendirikan alas dan bumbung sementara batu-batu nisan pula dijadikan katil untuk mereka beradu.

Manakala, bagi sumber air pula, mereka menggali di kawasan tanah perkuburan tersebut.










Disqus Comments