Thursday 26 September 2013

Rahsia yang di Sembunyi: Durian Belanda Pembunuh Kanser




Buah Durian Belanda, Pembunuh Kanser yang Ampuh !

Soursop atau Durian Belanda, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu ?

Hanya kerana melindungi industri perniagaan farmasi dunia dan ditambah pula dana penyelidikan yang dilaburkan mereka sangat besar, maka penemuan bersumberkan semualajadi ini cuba disembunyikan dari pengetahuan umum. Pengeluar industri farmasi kanser selama ini cuba memastikan supaya limpahan keuntungan dari pelaburan penyelidikan dapat mereka kaut terlebih dahulu dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis adalah sumber utama bahan ubatan kanser untuk pasaran dunia.

Begitu tragik sekali bilamana ramai orang telah meninggal dunia secara sia-sia kerana penyakit kanser sedangkan sumber penyembuhnya begitu mudah didapati serta murah. Pengusaha farmasi dan ubatan membelanjakan jutaan ringgit untuk sengaja menutup rahsia serapat-rapatnya tentang keajaipan pokok Graviola kurniaan Allah kepada hamba ciptaan Nya. Setiap penyakit yang Allah turunkan pasti datang bersama bahan penyembuhnya kecuali MATI.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai “Graviola”, di Sepanyol “Guanabana” bahasa Inggerisnya pula “Soursop”. Di Indonesia, mereka memanggilnya buah Sirsak. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan moden dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti kulat (fungus) , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, tekanan atau stress, dan menormalkan kembali sistim saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Health Sciences Institute bagi orang-orang Amerika adalah institut ini membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mencengangkan adalah: Jauh di pendalaman hutan Amazon, tumbuhnya “pohon ajaib”, yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin membaik.


Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu firma penyelidikan farmasiutikal terbesar di Amerika. Buah Graviola telah di uji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an sampai beberapa tahun berikutnya. Hasil ujian dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
Secara berkesan mensasarkan dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, antaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-paru, dan Pankreas.
Daya keberkesanan 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambat pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan/ membunuh sel-sel sihat !

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawapannya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, yang direncanakan oleh mereka yang memiliki wang dan kekuasaan !

Salah satu perusahaan farmasiutikal terbesar Amerika dengan peruntukan wang jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad telah menjadi ubat bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah hati dan rematik. Dengan bukti ilmiah yang minimum, perusahaan mengucurkan Dana dan Sumber Daya Manusia yang sangat besar guna melakukan penyelidikan dan bermacam ujian. Hasilnya sangat mencengangkan. Graviola secara ilmiah terbukti sebagai mesin pembunuh sel kanser! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah Undang undang Persekutuan, sumber dari bahan semulajadi untuk ubatan adalah DILARANG / TIDAK BOLEH dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar, berusaha sekuat tenaga dengan perbelanjaan sangat besar untuk membuat pengklonan dari Graviola ini agar ianya boleh dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan oleh mereka dapat mengaut keuntungan besar terlebih dahulu. Tapi usaha ini tidak berhasil. Graviola anugerah Allah ini tidak boleh di klonkan. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dollar untuk penyelidikan dan pelbagai ujian.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur memudar, usaha penyelidikan dan ujian juga terhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK mendedahkan hasil penemuan ini.

Syukurlah, ada salah seorang ilmuwan dari pasukan penyelidik ini tidak tergamak melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kariernya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan alami dari hutan Amazon untuk pembuatan ubat.

Ketika para pakar penyelidik dari Health Sciences Institute mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai melakukan penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan dan mujarab.

The National Cancer Institute mulai melakukan penyelidikan ilmiah yang pertama mereka pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahwa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujian yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Suatu kajian yang dipublikasikan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, menyebutkan bahwa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih secara selektif, membezakan dan membunuh sel kanser Usus Besar dengan 10,000 kali lebih kuat dibandingkan dengan Adriamycin dan rawatan terapi kemo !

Penemuan yang paling mengejutkan dari kajian oleh Catholic University ini adalah: Graviola mampu memillih secara selektif dan membunuh hanya sel jahat kanser, sedangkan sel yang sihat langsung tidak tersentuh atau terganggu . Graviola tidak seperti terapi kemo yang tidak boleh membezakan sel kanser dan sel sihat, maka sel-sel reproduksi contohnya rambut dibunuh habis oleh Terapi Kemo, sehingga timbul kesan negatif seperti rasa mual dan rambut gugur.

Sebuah kajian di Purdue University membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser seperti Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah selama kurang lebih 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini terbongkar juga, melalui informasi dari lembaga penyelidikan diatas.

Artikel lengkap tentang Graviola, dimana mendapatkan sumber, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus khas percuma terbitan Health Sciences Institute.

Sekarang anda tahu manfaat buah durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya masam-masam manis ini sememangnya menyegarkan. Buah semulajadi 100% tanpa sebarang kesan sampingan.Sebar luaskan perkhabaran baik ini kepada keluarga, saudara, sahabat,dan teman yang anda kasihi.
Disqus Comments