Thursday 13 March 2014

Fatwa pengharaman Bomoh Sedunia dan siapakah dia????



SIAPA SEBENARNYA MAHAGURU IBRAHIM MAT ZIN RAJA BOMOH SEDUNIA

Beberapa hari belakangan ini saya yakin semua dari kita sedih dengan berita misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing pada awal pagi Sabtu 8 Mac yang lalu. Kerajaan dan beberapa negara telah bekerjasama dalam usaha mencari mana perginya MH370 tersebut.

Dalam pada kita menggunakan teknologi dan sains sebagai cara untuk mencari MH370 datang pula seorang bomoh yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh. Raja Bomoh ini bernama Ibrahim Mat zin. Seorang bomoh yang handal katanya. Saya tertarik untuk berkongsi kepada anda semua siapakah sebenarnya Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin ini.

Apakah beliau mampu merungkai misteri yang menimpa MH370? Atau sebenarnya hanya cuba meraih publisiti umum dalam usahanya untuk mencari pelanggan atau melariskan “rawatan” beliau? Berikut saya kongsikan sejarah kemunculan Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin beberapa kali ketika Malaysia sedang hadapi peristiwa besar dan penting.
2004 – Rawatan beliau difatwakan haram oleh JAKIM kerana bercanggah dengan akidah Islam. Rawatan Ibrahim Mat Zin mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.
2013 – Mendakwa dijemput pemimpin Pakatan Rakyat (PR) agar beliau mampu menilik kemenangan PR pada Pilihan Raya Umum ke tigabelas (PRU-13)
2014 – Beliau dengan selambanya muncul di balai ketibaan KLIA bersama beberapa peralatan untuk menilik mana perginya pesawat MH370 yang hilang. Ibrahim Mat Zin mendakwa dirinya dijemput oleh pemimpin tertinggi negara dalam usaha mencari MH370. Katanya MH370 tergantung dan disembunyikan oleh Makhluk Bunian.
Sedang seluruh dunia memerhatikan kita, muncul pula seorang Bomoh yang sedang memalukan negara dengan segala aksi tidak masuk akalnya. Terbaru beliau bersama beberapa anak buahnya telah menggunakan payung, bakul dan kelapa yang kononnya bertujuan untuk mencari mana hilangnya MH370.

Kenyataan Dari JAKIM Ibrahim Mat Zin Penipu

JAKIM MAHAGURU INRAHIM MAT ZIN
Disqus Comments