Thursday 20 March 2014

Kuala Lumpur di Indonesia


SEJAK dari awal insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 berlaku, agensi berita CNN kerap membuat laporan yang tidak tepat serta menuduh Malaysia dengan beberapa dakwaan yang mengarut dan melampau.

Antaranya ialah menuduh Malaysia bukan satu sumber maklumat yang rasmi selain mendakwa kerajaan sedang menutup malu berkenaan kehilangan pesawat itu dengan memutarbelitkan fakta.

Kesalahan sebegitu rupa sememangnya dilihat sebagai satu kegagalan yang teruk oleh sebuah stesen berita lebih-lebih lagi yang mempunyai reputasi tinggi seperti CNN.

Pengguna Facebook di Malaysia yang mengesan kesilapan itu menyebarkannya di laman sosial berkenaan sebagai mengecam tindakan CNN membuat pelbagai dakwaan tidak berasas bertujuan menjejaskan prestij Malaysia di peringkat antarabangsa.

Biarpun bijak dalam memutarbelitkan berita dan juga mereka cerita sensasi bagi peminat setia berita mereka, tetapi dari segi ilmu yang senang sebegitu pun mereka boleh tersilap dan ia amat memalukan.
Disqus Comments