Thursday 5 June 2014

Kilauan Emas 4 - Juara ditentutkan pada 11/6/14



Keputusan Konsert akhir kilauan emas musim 4 tahun 2014. Untuk info, pada rabu 4 Jun 2014 bukanlah konsert malam kemuncak Kilauan Emas musim ke 4 namun saingan akhir akan dibawa ke Konsert Mega Akhir pada rabu depan 11 Jun 2014. 

Pada konsert yang berlangsung pada 4 Jun 2014 di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, hanya 4 anugerah diumumkan iaitu Anugerah Nestle Omega PLUS, Anugerah Peserta Teladan, Anugerah Tempat Ke 5, dan tempat ke 4. 

Anugerah Nestle Omega PLUS dimenangi oleh Nordin manakala tempat kelima jatuh kepada Nas dan tempat ke empat jatuh kepada NAS. 

Anugerah Peserta Teladan pula disandang oleh Raida iaitu salah seorang bekas peserta yang telah tersingkir. 

Astro bagaimanapun tidak mengumumkan keputusan tempat ke-3, naib juara dan juara pada malam tersebut. Justeru, peserta Arip, Ben dan Zain akan bersaing untuk merebut gelaran Juara di Konsert Mega Akhir Kilauan Emas yang akan berlangsung pada rabu 11 Jun 2014.


Keputusan Konsert Akhir Kilauan Emas Musim 4 Tahun 2014 (4 Jun 2014)

Anugerah Nestle Omega PLUS: Nordin
























Anugerah Peserta Teladan: Raida
























Tempat ke- 5
: Nas
























Tempat ke 4: Nordin























Tempat ke 3, Naib Juara dan Juara:

Akan diumumkan pada Konsert Mega Akhir Kilauan Emas pada 11 Jun 2014 pada jam 9.30 malam.

Tiga peserta yang bakal bersaing pada Konsert Mega Akhir Kilauan Emas Musim ke 4 adalah Arip, Ben dan Zain.

Disqus Comments