Wednesday 1 October 2014

Taska Permata Bonda Presint 11 - Taska Puaka


Ekoran dari kes kematian bayi Nur Imna Khalisa di Putrajaya seperti yang di laporkan Utusan Malaysia di SINI.

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya bimbang akan perkara ini. Apatah lagi bagi ibu bapa yang berkerja dan menghantar anak mereka di taska ataupun pengasuh. Sebagai ibu bapa, harapan kita ialah untuk melihat anak itu membesar dengan sihat dan berjaya. Namun, apabila anak itu di hantar ke taska atau pengasuh, harapan itu menjadi 50-50. Manakan tidak, sejak kebelakangan ini, pelbagai cerita tidak enak keluar di dada akhbar mengenai berita yang semacam ini. Ada yang bayi tersedak susu, terjatuh, dan pelbagai lagi. Tetapi sebagai pemilik taska, apakah tanggungjawab mereka sebenarnya? Jika tidak cukup pengasuh, apa yang perlu mereka buat? Takkan mereka biarkan saja pengasuh yang ada untuk menangani anak kecil yang ramai. Mana mampu seorang pengasuh untuk menangani lebih dari 7 orang budak.

Cerita mengenai Taska Permata Bonda ini bukanlah cerita asing kepada taska yang sedia ada. Mungkin ada berlaku di tempat lain juga. Tetapi, taska ini pernah mencetuskan kemarahan seorang bapa yang juga seorang blogger Papa Blogger. Anda boleh baca ceritanya di SINI. Apa yang menjadi tanda tanya, adakah taska ini KEBAL di sebalik lokasinya di kuarters kerajaan?

Info dari laman web Perbadanan Putrajaya.


Taska Permata Bonda
Ruang Taska,blok A2 Kuarters Jenis Apartment Fasa 2,zon 3a, Presi
Tel: 012-2107123
​Jenis Perniagaan: Taska


Disqus Comments