Monday 8 April 2013

Khasiat Lobak Putih



Dalam entri guwa before ni, guwa ade cite pasal lobak putih ni. Moh sini kita usha khasiat die..

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang


Ok, sekarang guwa nak bagi tips pulak untuk bagi sesiapa yang menghidapi masalah kencing kotor.

Untuk hidangan 1 orang:-

  1. Cuci dan potong lobak putih 1/4 dari panjangnya (ikut saiz dan panjang lobak)
  2. Bahagian yang 1/4 tuh, potong kecil2.
  3. Masukkan dalam blender dan masukkan air (lebih kurang 1 gelas)
  4. Blend sampai hancur
  5. Da siap blend, tapis air lobak tu dan tuang ke dalam cawan
  6. Air yang da tapis tu, tambahkan sedikit garam untuk hilang kan bau dan rasa pedas
  7. Biarkan air lobak tu dalam 20 minit (untuk hilangkan rasa pedas)
  8. Lepas 20 minit, minum air tu dengan wajah tenang... :)
p/s : guwa nak bagi amaran ye, masa blend air lobak tu, dia punya bau, masya allah. macam kencing kuda da...busuk sikit la. Tapi peganglah pada kata2 azimat ni - alah bisa, tegal biasa..... Selamat minum ye. Resipi ni 100% boleh membantu masalah kencing kotor.
Disqus Comments