Monday, 13 January 2014

Urban Legend

URBAN LEGEND #1: 21 AND STILL COUNTING (Amerika)



Suatu hari seorang gadis muda tengah tunggu keretapi kat stesen keretapi. Masa menunggu tu la dia dengar macam ada orang berkata sesuatu di belakangnya. Dia pusing dan nampak seorang wanita duduk di sebuah bangku. Rupanya hanya mereka saja di stesen itu pada waktu itu.

Wanita itu berumur 40-an dan duduk dengan gelisah. Dia goyang-goyangkan badannya ke depan dan ke belakang sambil berkata, 
“21...21...21...”. 

Lama-kelamaan gadis itu jadi hairan sebab wanita tu tak berhenti2 mengira. Dia pun menuju ke wanita tu dan tanya, "Kakak kira apa tu?" Tapi wanita tu tak jawab, malah terus mengira, “....21....21...21....” 

Gadis tu memandang sekeliling, cuba melihat kalau2 mungkin ada sesuatu objek yg sedang dikira oleh wanita tu. Tapi dia tak nampak ada apa2 di situ yg boleh dikira. 

Kemudian terdengar suara keretapi datang. Tiba-tiba saja, wanita yg aneh tadi menolak badan gadis tersebut sampai gadis tu jatuh ke rel keretapi. 

“Aaaaaa!!!” teriak gadis tu, tapi terlambat. Keretapi yang laju telah menyambar tubuhnya. Warna merah dari darah gadis itu terpercik sehingga ke dinding dan kerusi2 di stesen keretapi itu. 

Wanita aneh tadi kembali duduk, seolah tak terjadi apa-apa dan mulai kembali mengira, “...22....22...22...” 

Moral of the story: Lain kali kalau ada orang mengira pelik2 mcm kat atas tu, jangan sibuk2 nak tanya. Kang tak pasal2 korang jadi nombor 23...

URBAN LEGEND #2: KEYHOLE (Amerika)


Seorang lelaki datang ke sebuah hotel. Ketika check in, receptionist awal2 dah pesan, “Tolong jangan masuk ke bilik yang takde nombor yer.” 

Lelaki tu mengangguk dan segera mencari biliknya yang bernombor 10. Masa tulah, dia ternampak satu bilik yg tidak bernombor. Atas sifat ingin tahu, dia mengintip melalui lubang kunci untuk melihat apa isinya. 

Dalam bilik tu, dia cuma nampak seorang wanita tua berwajah pucat sedang duduk di tengah bilik. Anehnya, seluruh kulit tubuh wanita tu berwarna putih, tidak seperti kulit manusia kebanyakan. 

Tiba-tiba saja wanita itu menoleh dan menatap ke arah lelaki yg sedang mengintip. Kerana ketakutan, lelaki itu pun segera lari ke biliknya. Malam tu dia tak dapat tidur. Dia masih berfikir kenapa receptionist tu memberi amaran supaya menjauhi bilik yg tak bernombor tu. Dan kenapa pula bilik tu tidak diberi nombor? 

Kerana nak tau sangat, dia pun bangun dari tempat tidur, mengendap-ngendap di lorong hotel, dan mengintip bilik tak bernombor tu sekali lagi, melalui lubang kunci. Namun yang dia nampak, hanyalah warna merah. 

Lelaki tu berfikir, mungkin perempuan tua tu dah tau yg dia dok mengintai, jadi perempuan tua tu dah bubuh kain merah utk tutup lubang kunci tadi. Dia fikir, macam tu la. 

Keesokan harinya masa check out, lelaki tu pun tanya kat receptionist, pasal bilik yg takde nombor tu. Receptionist tu pun bercerita dengan wajah sedih. 

“Dulu ada sepasang suami isteri yang tinggal dlm bilik tu. Suatu hari, diorang gaduh dan suami tu membunuh isterinya. Sejak kejadian tu, kami tak berani sewakan bilik tu, jadi kami tanggalkan nombor bilik dan kami biarkannya kosong.” 

Lelaki tu mulai melangkah pergi sambil ketawa. Dia sama sekali tak percaya dengan cerita hantu. Yang dia lihat semalam jelas-jelas manusia dan bukannya hantu. 

“Oh ya...” Receptionist tu menyambung bicara ketika lelaki tu dah hampir sampai di pintu. “Wanita tu tak macam manusia biasa. Dia ada masalah genetik, sampai seluruh kulit tubuhnya putih.” 

Sampai di situ, langkah lelaki itu terhenti. 

“Dan matanya merah.” Receptionist itu mengakhiri ceritanya. 

Moral of the story: Kalau korang menginap kat mana2 hotel, dengar apa receptionist tu kata. Jangan memandai2 nak mengintip bilik yg takde nombor... 

URBAN LEGEND #3: THE RIBBON (Amerika)


Al kisah, ada seorang wanita yang sangat cantik dan sangat dikagumi oleh para lelaki yang hidup di daerah sekitar tempat tinggalnya. Namun ada yang aneh dengan gadis tu. Dia selalu saja memakai sebuah riben merah di lehernya. Entah kenapa gadis tu selalu pakai riben merah, tak ada yang tahu sebabnya. Gadis tu juga selalu menolak menceritakan sebabnya.

Hinggalah suatu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dan lelaki tu membalas cintanya. Ada juga lelaki tu tanya, “Kenapa awak selalu pakai riben merah tu?” Gadis tu jawab, "Saya akan ceritakan pada awak lepas kita kahwin nanti. ”

Beberapa bulan berlalu dan kedua pasangan itu kemudian bertunang dan akhirnya menikah. Namun setelah bernikah pun, gadis tu tetap mengingkari janjinya untuk menceritakan sebab kenapa dia selalu pakai riben merah di lehernya. Lelaki tu pula tak pernah mendesak isterinya untuk menceritakan sebab dia tak nak isterinya marah. Namun sifat ingin tahunya membuak-buak. Apatah lagi, dia lihat isterinya tu tak pernah sekalipun melepaskan riben merah tu, baik masa tidur, mahupun waktu mandi.

Hinggalah suatu saat, dia melihat isterinya sedang tertidur lena. Kerana terlalu ingin tahu, lelaki itu mendekati isterinya dan perlahan-lahan melonggarkan riben merah yang melilit di leher isterinya itu. Disebabkan isterinya masih tak sedar, lelaki itu pun melepaskan dan menarik riben merah tu dari leher isterinya. 

Tiba-tiba... 

“Kedebuk..."

Kepala isterinya terlepas dari lehernya dan terjatuh di atas lantai...

Moral of the story: Kalau wife atau gf atau tunang korang ada guna ribbon merah ikat kat leher, sila berhati-hati... 


URBAN LEGEND #4: WHITE STRING (Jepun)



Urban legend ni sangat popular kat Jepun pada tahun 90-an. Ramai remaja Jepun yg percaya pada cerita ni sampai tak berani nak tindik telinga. 

Kisahnya bermula waktu seorang gadis sekolah menengah meminta orang tuanya untuk mengizinkannya menindik telinga. Katanya, semua murid perempuan dlm kelasnya dah tindik telinga, dia jer belum. Orang tuanya mulanya tak izinkan. Tapi sebab gadis tu asyik pujuk, merekapun akhirnya mengizinkannya. Orang tua gadis tu pun bagi anak diorang ni sejumlah wang utk tindik telinga dan beli anting2. 

Tapi budak perempuan ni fikir benda lain. Dia nak simpan duit yg mak bapaknya bagi dan dia akan tindik telinganya sendiri. Dia minta tlg kawan dia gunakan jarum yang dah dipanaskan dan lepas tu kawan dia cucukkan jarum tu ke kedua cuping telinga gadis tadi. Rasanya sangat sakit, tapi gadis tu dah happy sebab akhirnya dia dah boleh pakai anting2 dan bergaya mcm gadis lain. 

Namun keesokan harinya, ada sesuatu yang aneh. 

Pagi2 lagi gadis tu dah terbangun sebab rasa gatal yang teramat sangat di telinganya. Rupanya cuping telinga yang dia tindik tu dah merah dan meradang. Tidak hanya itu, tapi kelihatan ada seutas benang putih kecil menjulur keluar dari lubang yang dia buat semalam kat cuping telinganya. 

Merasa ingin tahu, gadis tu pun tarik benang tu. Benang tu sangat halus dan panjang. Dia menariknya terus-menerus, namun seakan-akan benang itu tak ada habis-habisnya. Merasa tak sabar, gadis itu mengambil gunting dan potong benang putih tu. Dan sebaik saja dia potong benang putih tu la, pandangannya tiba2 jadi gelap. Dia menjerit histeria dan orang tuanya yang panik segera membawanya ke hospital. 

“Kenapa boleh jadi macam ni?” tanya doktor yang memeriksanya. 

Gadis tu pun menceritakan segalanya. 

Doktor tu menjawab dengan suara sedih, “Maaf, tapi kamu harus menanggung kesannya seumur hidup kamu.” 

“Kenapa?” tanya gadis itu, tercengang. 

“Benang putih yang kamu potong tu, bukan benang sembarangan.”

“Habis, benang apa tu?” tanya gadis itu lagi, seakan kesal.

“Itu saraf mata kamu.” 


Moral of the story: Jangan terlalu kedekut sampai nak tindik telinga sendiri. Akibatnya keluar benang saraf mata.


URBAN LEGEND #5: GOZU (COW’S HEAD) (Jepun)



Di hari minggu yang cerah, sekelompok remaja sekolah menengah tengah bergembira. Hari tu mereka bakal melakukan lawatan luar sekolah dan sekarang mereka sedang menaiki bas yg ditemani oleh guru mereka. 

Perjalanan itu memakan waktu yg cukup lama sehingga mereka akhirnya bosan di dalam bas. Melihat anak-anak didiknya merasa bosan, sang guru memutuskan menceritakan kisah-kisah seram untuk menghiburkan murid-muridnya. 

Namun satu-persatu kisah yang guru itu ceritakan tak ada yang mengesankan bagi murid-muridnya. Mereka semua sudah tahu semua cerita itu dan dapat meneka akhir ceritanya. Tanpa mereka sedari, mereka memasuki wilayah hutan dan semakin dalam dikelilingi pepohonan. 

“Kalau begitu,” kata si guru, “aku akan menceritakan satu cerita lagi. Apa kalian pernah mendengar tentang cerita “Gozu”? Gozu dalam bahasa Jepun berarti “Kepala Sapi”."

Para murid saling menatap satu sama lain. Cerita apa itu? Mereka belum pernah mendengar sebuah cerita berjudul Gozu sebelumnya. Disebabkan tak ada seorang pun yang pernah mendengarnya, para murid pun meminta guru itu menceritakannya, dan berharap cerita yang mereka dengar akan sangat menarik. 

“Bersedia ye, sebab cerita ni sangat seram...” kata sang guru, menakut-nakuti. 

Murid-muridnya tertawa, lalu sang guru memulai ceritanya. Para murid tercengang mendengar cerita yang sedang dikisahkan oleh guru mereka. Beberapa di antara mereka bahkan berteriak-teriak dan menjerit. Beberapa siswi perempuan menutup telinga mereka dan menangis. 

“Cikgu, hentikan!” 

Para murid memohon pada guru mereka untuk menghentikan cerita itu kerana kisah itu sangat mengerikan. Namun guru itu terus saja melanjutkan ceritanya tanpa mengendahkan teriakan dan jeritan ketakutan dari para muridnya, seakan-akan dia sedang dirasuk.

Beberapa jam kemudian, anggota polis menemukan bas itu terlonggok di tepi jalan. Ketika polis naik ke dalam bas, mereka pun terkejut. Mereka menemukan seluruh murid (bahkan termasuk pemandu bas), tergeletak tak sedarkan diri. Wajah mereka sangat pucat dan mulut mereka mengeluarkan buih. Sang guru juga ditemukan tergeletak pengsan di lantai bas. Pihak berwajib membawa mereka semua ke hospital terdekat. Di sana mereka dirawat dan diperbolehkan pulang pada hari itu juga setelah dijemput oleh orang tua mereka. 

Polis pun bertanya sang guru untuk mencari penjelasan peristiwa itu. 

“Apa yang terjadi?” 

“Saya tidak tahu. Yang saya ingat, saya sedang menceritakan sebuah cerita seram pada murid-murid saya.” 

“Cerita apa itu?” 

Sang guru hanya menatap wajah polis yang bertanya. 

“Saya tidak ingat”. 

Para murid lainnya juga mengatakan mereka tak ingat isi cerita yang mereka dengar. Yang mereka ingat dengan jelas, cerita itu membuat mereka sangat ketakutan. Hingga kini, tak seorang pun tahu isi cerita “Gozu”, sebab kononnya jika kamu mendengarnya hingga selesai, maka kamu akan mati ketakutan. 

Moral of the story: Siapa pernah dengar cerita Gozu ni?

URBAN LEGEND 6: PEDESTRIAN CROSSING (Jepun)



Suatu petang, semasa pulang dari kerja, aku berada di sebuah persimpangan jalan. Sambil menunggu lampu merah, aku berdiri di depan sebuah zebra cross dan mengamati orang-orang yang berada di seberangku. Mereka juga menunggu untuk menyeberang, sama seperti aku. 

Namun di antara mereka, ada seorang wanita yang kelihatan aneh. Pertama-tama, aku fikir dia memakai topeng muka. Namun bukan itu. Wajahnya tampak kabur. Aku mencuba mengamatinya, namun wajahnya tak berubah. Aku bahkan tak dapat mengenali wajahnya, di mana hidung, mata, mahupun telinganya. Seakan-akan wajahnya rata! 

Anehnya, orang-orang di sekitarnya nampak macam tak pedulikan pun wanita tu, walaupun penampilannya sangat menakutkan. 

Lampu merah menyala. Kereta2 berhenti dan orang-orang mulai menyeberang. Begitu juga aku, namun aku mencuba untuk menjauhi wanita itu. 

Dia berjalan di sebelah kanan zebra cross, sehingga aku seboleh mungkin berjalan di sisi kiri zebra cross. Namun dia justeru berpindah ke sisi kiri juga. Dia berjalan tepat menuju ke arahku. 

Wajah wanita itu semakin menakutkan ketika dia mendekat. Aku menundukkan kepalaku kerana ketakutan. Di suatu titik, kami berselisih. Aku terus berjalan. Namun walaupun aku berusaha menghindarinya, wanita itu justeru berbalik dan mengikutiku. 

Begitu aku sedar, dia sudah berada di belakangku dan berbisik di telingaku. 

“Aku tahu kau dapat melihatku.”

Moral of the story: Lain kali kalau korang nampak yg macam ni, jangan seberang jalan, tapi lari laju-laju terus pegi rumah ustaz, minta rukyahkan terus...


URBAN LEGEND 7: LICK (Amerika)



Suatu hari seorang gadis remaja ditinggalkan oleh orang tuanya yang akan menginap di tempat saudara mereka. Sang gadis meyakinkan orang tuanya untuk berhenti merasa risau terhadapnya. Dia akan mengunci semua jendela dan pintu. Lagi pula, gadis itu memiliki seekor anjing setianya yang menemaninya di kamar. 

Malam itu, sang gadis hendak tidur. Dia mengunci semua pintu dan jendela. Namun ada sebuah jendela yang tak dapat dia kunci. Akhirnya dia hanya menutupnya begitu saja. Gadis itu pun naik ke atas ranjang dan di bawah ranjang, anjing setianya meringkuk. 

Gadis itu menjulurkan tangannya ke bawah katil dan dan anjingnya menjilati jari-jarinya, seperti yang biasa dilakukannya. Entah mengapa, gadis itu merasa aman jika anjingnya melakukan hal itu. Dia merasa tidak sendirian di kamar. 

Gadis itu kemudian tertidur. Namun saat tengah malam, dia mendengar suara “Tip tap tip tap ...”. Seperti suara air menetes di atas tab mandi. Saat dia membuka mata, kamarnya gelap gulita. Dia pun menjulurkan tangannya ke bawah dan merasakan jari-jarinya dijilati. Dia pun kembali tidur. 

Beberapa jam kemudian, dia kembali terbangun. Suara “Tip tap tip” itu masih kedengaran. Dia menjulurkan tangannya ke bawah. Jari-jarinya terasa hangat dan basah oleh jilatan. 

Sang gadis lalu kembali tidur. Dia tak memikirkan suara itu lagi. Mungkin saja itu suara tetesan air di tab kamar mandinya. Untuk ketiga kalinya, dia kembali terbangun oleh suara “Tip tap tip tap” itu. Gadis itu menjulurkan tangannya kembali ke bawah. Namun kali ini tak ada jilatan. 

Gadis itu mengira anjingnya tertidur dan menyalakan lampu. Namun anjingnya tak tampak di bawah ranjangnya. “Tip tap tip tap.” Suara itu masih terdengar. Gadis itu pun memutuskan utk bangun dan memeriksa asal suara “Tip tap tip tap ...” yang dia dengar. Rupanya suara itu berasal dari kamar mandi di sebelah kamarnya. 

Dia pun membuka pintu dan menyalakan lampu kamar mandi. Segera dia menjerit. Di dalam kamar mandi, tampak anjingnya tergantung di atas ruang mandi. Leher anjingnya dikelar dan darahnya menetes di atas lantai mandi, menciptakan suara “Tip tap tip tap.” 

Yang lebih mengerikan, di dinding terdapat kata-kata yang ditulis dengan darah anjingnya. 

“AKU JUGA BOLEH MENJILAT.” 


Moral of the story: Sebelum tidur, pastikan SEMUA jendela dan pintu sudah DIKUNCI rapat! Kalau tak nanti ada yg kena jilat!




URBAN LEGEND 8: WRISTBAND (Korea)



Di Korea, ada 1 peraturan di semua hospital. Ketika pesakit masih hidup, gelang berwarna putih diikatkan di lengan kanan mereka. Gelang itu berisi nama pesakit serta informasi lainnya. Namun ketika pesakit sudah meninggal, gelang itu dilepas dan digantikan dengan sebuah gelang merah yang diikatkan di lengan kiri sebelum jenazahnya dibawa ke bilik mayat. 

Kisah ini terjadi pada seorang doktor yang sedang shift malam di sebuah hospital. 

Doktor itu menyelesaikan shift malamnya pukul 2 pagi dan merasa sangat lelah. Hospital tampak sangat sepi sebab pada jam 2 pagi begitu, tentu semua pesakit sedang terlelap dan sebahagian besar perawat juga telah pulang. 

Dia menyalakan lift dari lantai lima untuk turun ke basement, di mana keretanya diletakkan. Di dalam lift, hanya tampak seorang wanita tua. Dia berdiri di samping wanita tua itu, yang tampaknya juga ingin turun di basement. 

Begitu lift mereka sampai di basement, pintu lift terbuka dan tampak seorang lelaki berpakaian putih. Wanita yang tadi bersamanya hendak keluar dari lift. Doktor itu melihat sesuatu di tangan pria itu. Segera dia menarik wanita yang tadi bersamanya kembali ke dalam lift. Dengan panik dia menekan tombol ke lantai lima dan pintu lift pun tertutup. 

“Hei, ada apa denganmu?” wanita tua itu tampak marah kerana doktor itu menariknya masuk kembali. 

“Makcik beruntung saya tadi tak biarkan makcik keluar.” Ujar doktor itu. “Makcik tak nampak ke, kat tangan kiri lelaki tadi ada gelang merah? Bererti dia dah meninggal!” 

“Gelang merah? Maksud kamu, macam yg ni?” Tanya wanita tua itu sambil menunjukkan tangan kirinya yg dibaluti gelang merah.


Moral of the story: Sebelum korang tarik orang yg nak keluar lif tu masuk semula ke dalam, perhatikan dulu gelang warna apa yg dia pakai!


URBAN LEGEND 9: RED ROBE (Jepun)



Seorang wanita Jepun sedang bercuti di Amerika dan memutuskan menginap di sebuah hotel murah untuk menjimatkan wang. Saat dia tiba di kamarnya, dia menyedari bahwa dia berada di kamar 66 di lantai ke 6. Secara teknikal, kamarnya bernombor 666. Namun wanita Jepun itu berfikir, ini semua pasti kebetulan. Dia pun tak terlalu memikirkannya dan pergi mandi. 

Beberapa saat kemudian terdengar suara ketukan di pintu kamarnya. Dia keluar dari kamar mandinya dan mengenakan jubah mandi putih bertudung yang sudah disiapkan di hotel tersebut bagi tamunya. Dia membuka kamarnya, namun tak ada seorang pun di luar kamarnya. Dia pun menutup kembali kamarnya dan berganti pakaian. Kembali terdengar ketukan di pintu kamarnya. 

Dia membuka kamarnya dan melihat seorang gadis kecil memakai jubah mandi bertudung yang sama, persis seperti yang tadi dia pakai. Hanya warnanya merah. 

“Ada apa-apa yg boleh saya tolong? Di mana orang tua kamu?” 

Dia melihat bahwa gadis kecil bertudung merah itu tampak baru habis menangis. 

“Saya terkunci di luar kamar. Boleh tolong saya?” Kata gadis kecil itu.

Wanita Jepun itu memutuskan untuk membawa gadis itu ke receptionist. Kasihan, fikirnya. Gadis kecil itu tampak kebingungan. Dalam perjalanan ke receptionist, dia bercakap-cakap dengan gadis itu. 

“Siapa namamu?” Gadis itu tak menjawab. Mungkin gadis ini sudah diajari oleh orang tuanya untuk tidak bercakap-cakap dengan orang asing, fikir wanita itu. Dia bertanya lagi. 

“Di mana orang tuamu?” 

“Tidak tahu.” Jawab gadis kecil itu.

“Bilik kamu di lantai ini juga?” 

Gadis itu mengangguk. Akhirnya mereka sampai di depan meja receptionist. 

“Boleh tak kamu bantu gadis kecil ni? Dia terkunci di luar bilik.” 

Receptionist itu pula bertanya, “Gadis yang mana?” 

“Gadis berjubah merah ini...” Kata wanita Jepun itu. Namun ketika wanita itu menoleh, tak ada seorang pun di sebelahnya. 

“Aneh, tadi dia ada di sini. Katanya dia menginap di lantai 6, sama seperti saya.” 

“Lantai 6?” Receptionist itu tampak heran, “Hanya awak tetamu yang menginap di lantai 6. Tak ada orang lain.” 

“Tapi tadi ada gadis yang memakai jubah mandi bertudung warna merah...” 

Receptionist itu menghela napas, “Nampaknya awak dah bertemu ‘dia’ rupanya.” 

“Dia siapa?” 

“Dahulu pernah terjadi sebuah tragedi di hotel ini. Kami tak suka menceritakannya, tapi sebab awak dah nampak ‘dia’, apa boleh buat. Dulu ada sepasang suami isteri menginap di lantai 6 bersama anak perempuannya. Mereka menginap di kamar 66, sama seperti awak. Namun mereka berdua bertengkar dan sang suami menembak isterinya. Dia lalu membunuh anaknya sendiri. Masa tu, budak tu pakai jubah mandi putih, tapi bertukar jadi warna merah sebab darahnya. Tapi lelaki yg menembak tu tetap tak puas. Dia isi senjatanya dan menembak semua orang di hotel ni, termasuk kakitangan hotel dan semua para tetamu.” 

Nafas wanita itu terasa terhenti kerana ketakutan. Namun cerita sang receptionist ternyata belum selesai. Receptionist itu lalu berbalik dan menunjukkan lubang merah di punggungnya. 

“Lihat, di sini tempatnya dia menembak saya.” 


Moral of the story: Kalau agak2 nak pegi bercuti tu, apalah salahnya cek dulu latarbelakang hotel. Tak pasal2 dapat duduk hotel berhantu.


URBAN LEGEND 10: PIZZA (Amerika)



Seorang pria mengalami kemalangan kereta. Kakinya patah dan dia harus beristirahat beberapa hari di dalam rumah hingga keadaannya pulih. Pria itu tinggal di apartmen bersama isterinya. Sayangnya isterinya harus bekerja sehingga tak dapat menemankan suaminya itu. Beberapa hari pertama, pria itu merasa senang kerana dapat tinggal di rumah seharian. Namun lama-kelamaan, dia merasa bosan. 

Suatu hari waktu membuka televisyen, dia mendengar suara anak-anak berlari di lantai atasnya. Dia berfikir ini aneh, sebab jam sebegini seharusnya anak-anak belum pulang dari sekolah. Esoknya, dia masih mendengar suara anak bermain dari lantai atas. 

Si pria merasa lapar dan memesan dua kotak pizza secara delivery. Dia merasa sudah kenyang setelah memakan sekotak pizza dan merasa tak sanggup menghabiskan satu kotak pizza lagi. Jika dia menunggu isterinya pulang, mungkin pizza itu rasanya sudah tak sedap lagi. 

Akhirnya dia memutuskan untuk berbuat baik dengan memberikan pizza itu pada keluarga yang tinggal di atasnya. Bukankah ada anak-anak tinggal di sana? Mereka pasti senang dengan pizza percuma. 

Dengan kepayahan, dia pun keluar dari apartmen dan naik dengan lift. 

“Ouch...ouch...” sesekali dia mengerang kerana kakinya belum sembuh benar ketika berjalan menuju ke apartmen di lantai atasnya itu. 

“Ting tong.” Dia menekan bel, namun tidak terdengar jawaban. Dia kembali menekan bel dan terdengar suara dari dalam pintu. 

“Siapa?” terdengar suara wanita dari balik pintu. 

“Saya jiran yang tinggal satu lantai di bawah.” 

Pintu dibuka, namun hanya sedikit. Dari sela pintu, terlihat wajah seorang wanita separuh baya. Namun ruang apartment itu sangat gelap sehingga yang dapat dilihat hanyalah kepala wanita itu. 

“Ada apa?” Soal wanita separuh baya itu.

“Makcik nak pizza tak? Saya tadi pesan 2 kotak tapi tak habis. Mungkin makcik nak?” 

“Tak apa, terima kasih.” Jawab wanita itu tanpa ekspresi. 

“Erm, mungkin anak-anak makcik nak?” 

Tiba-tiba terlihat kepala seorang anak laki-laki dan anak perempuan di bawahnya. Mereka pasti anak-anak yang kerap dia dengar suaranya saat bermain. Ketiga wajah itu menatapnya, berbaris membentuk satu lajur dari atas ke bawah. 

“Ok, kami nak.” 

Wanita itu menerima pizza itu dan pintu itu pun dibanting, tertutup. Pria itu berbalik, namun entah kenapa dia merasa ada yang aneh. Seluruh bulu romanya terasa menggigil. Wajah ketiga orang itu terpatri dalam ingatannya. Dia mengambil langkah cepat, tanpa peduli rasa sakit di kakinya, untuk segera menuju lift. 

Ketiga wajah mereka membentuk garis, fikirnya. Membentuk garis vertikal, dari atas ke bawah. Satu wajah di atas wajah yang lain. Dia menekan tombol lift dan menunggunya datang. Dia menekan tombol lift kembali, namun lift itu tak juga kunjung datang. 

Ada yang aneh dengan wajah mereka. Wajah tampak berbaris, satu di atas yang lain... itu mustahil! Pria itu mulai menyedari apa yang salah dengan keluarga itu. 

Rupanya mereka cuma ada kepala, tanpa badan.... 

Lift itu terlalu lama. Pria itu memutuskan menggunakan tangga. Dia melupakan rasa sakit di kakinya ketika ia menapak tangga dengan langkah panik. Sesampainya di apartmennya, dia terus menghubungi polis. 

Polis datang beberapa minit kemudian, walaupun laporan pria itu tampak gila. Mereka memeriksa apartment di atas apartment pria itu dan menemukan sesuatu yang mengerikan. Tubuh wanita dan kedua anaknya itu ditemukan di tab bilik mandi. Kepala mereka terpenggal. 

Mereka juga menemukan suami wanita itu bersembunyi di dalam almari pakaian. Dia mengatakan bahwa dia sudah memenggal kepala isteri dan anak-anaknya dengan gergaji. Namun dia bersumpah bahawa isteri dan kedua anak-anaknya masih hidup. 

Polis berkesimpulan pria itu menjadi gila dan membunuh keluarganya. Namun polis menemukan ada sesuatu yang aneh di kamar itu. Di meja dapur tergeletak sebuah kotak pizza. Ketika dibuka, isinya sudah tidak utuh lagi. Ada bekas gigitan-gigitan kecil di pizza itu, seolah-olah ada anak-anak kecil yang memakannya.


Moral of the story: Lain kali kalau jiran dah kata tak nak pizza, janganlah paksa. Takdelah jumpa hantu takde badan!


URBAN LEGEND 11: THE VAULT ROOM (Amerika)



Seorang pemuda menerima pekerjaan sebagai pengurus makam. Ini sebenarnya bukan jenis pekerjaan yang dia inginkan. Namun apa boleh buat, dia sangat memerlukan wang dan hanya pekerjaan ini yang sahaja yg mampu dia dapatkan dalam waktu singkat. 

Pemuda itu sangat takut pada mayat, namun untunglah pekerjaannya hanyalah pekerjaan-pekerjaan ringan. Tugasnya hanyalah menyapu, memotong rumput, dan membersihkan makam. Sedangkan tugas-tugas yang berhubungan dengan mayat seperti menyiapkan jenazah dan proses pemakaman adalah tugas para pengurus makam yang lebih senior. 

Namun ada satu hal yang dibenci oleh pemuda itu. Dia memang tak perlu melihat mayat secara langsung waktu bekerja. Namun ada kalanya dia bekerja di ruangan bawah tanah tempat peti-peti mati berisi jenazah disimpan. Di negara Barat, orang-orang kaya biasanya membuat sebuah ruangan bawah tanah di mana peti-peti mati mereka dan keluarga mereka diletakkan, bukan dikubur seperti orang biasa. 

Pemuda itu sangat membenci ruang bawah tanah, sebab ruangan itu gelap, berdebu dan penuh mayat. 

Suatu hari, pemuda itu ditugaskan untuk membersihkan sebuah ruang bawah tanah. Dengan berat hati, dia melakukan tugasnya itu. Saat dia sedang membersihkan papan-papan nama yang ada di ruangan itu, angin kencang bertiup dan menutup pintu kamar bawah tanah itu. Pemuda itu langsung panik dan berusaha membukanya, namun percuma. Dia terkunci di ruangan penuh mayat itu. 

Pemuda itu mencuba berteriak, namun tak ada yang mendengar teriakannya. Pemuda itu lalu mencuba menenangkan dirinya dan melihat sebuah jendela di atas ruangan. Cahaya matahari menembus jendela itu dengan enggan. Bererti dia boleh merangkak keluar menerusi jendela itu. Masalahnya, jendela itu letaknya sangat tinggi. Dia tak mungkin dapat mencapainya. 

Dia melihat ke sekeliling ruangan. Yang ada di situ hanyalah peti-peti mati. Pemuda itu mendapatkan akal. Kalau dia menumpuk peti-peti itu, dia dapat membuat semacam tangga yang dapat digunakannya untuk mencapai jendela itu. Dia lalu mencuba mengalahkan ketakutannya dan mulai memindahkan peti-peti mati itu. 

Di luar dugaannya, peti-peti itu ternyata ringan. Mungkin kerana mayat di dalamnya sudah lama membusuk dan meninggalkan tulang belulang sahaja. Dia berhasil menumpuk beberapa peti mati dan mulai naik. 

“Ouch!” teriak pemuda itu. Dia merasakan sakit di tumitnya. Dia sangka kayu dari peti mati itu yang menggoresnya. 

“Ouch!” rasa perih itu kembali lagi. Namun dia terus melanjutkan mendaki peti-peti mati itu, meskipun kesakitan di tumitnya itu terus terasa. 

Akhirnya dia berhasil mencapai jendela itu dan merangkak keluar. Pemuda itu berjalan kepincangan dan akhirnya bertemu dengan penjaga makam yang merupakan bosnya. 

“Apa dah jadi?” tanya bosnya kehairanan. 

Pemuda itu pun menceritakan segalanya. 

“Dah tu kenapa kau jalan terpincang2 macam tu?” 

“Tadi kaki saya tergores kayu dari peti mati.” 

“Mana, meh aku tengok.” 

Pemuda itu duduk di atas sebuah batu nisan dan bosnya kemudian memeriksa tumit pemuda itu. Bosnya menatap pemuda itu dengan wajah pucat. 

“Ini bukan luka goresan kayu.” 

“Jadi sebab apa?” 

“Ini bekas gigitan manusia ...” 


Moral of the story: Jangan sesekali bekerja sebagai pengurus makam di ruang bawah tanah yg takde pintu keluar...


URBAN LEGEND 12: TEKE TEKE (Jepun)



Kisah ini terjadi di Jepun. Al kisah di tengah salju yang tengah turun, dua orang pemandu dan pembantunya, sedang memandu keretapi menuju ke stesen keretapi terdekat. Saat mereka tiba di bawah sebuah jambatan di daerah yang cukup terpencil, tiba-tiba saja... 

“Braaak...” 

“Kreeek...” 

Dua orang yg sedang mengendalikan keretapi itu melihat sesosok bayangan jatuh tepat di depan mereka. Kedua orang ini cukup berpengalaman untuk merasakan bahawa keretapi yang mereka kendalikan telah menggilis sesuatu. Mereka berusaha keras menghentikan keretapi dan lokomotif itu berhenti kira-kira beberapa ratus meter dari tempat kejadian. 

Salah seorang pengendali keretapi memutuskan untuk turun dan memastikan apa yang telah terjadi. Dia berjalan susah payah di atas gumpalan salju dan tepat di bawah jambatan yang tadi mereka lewati, dia menemukan sesuatu yang mengerikan. 

Terdapat tubuh seorang wanita di tengah rel. Tubuhnya terpotong menjadi dua kerana digilis keretapi. Satu bahagian adalah bahagian atas tubuh wanita itu, mulai dari kepala hingga ke pinggang. Bahagian satunya lagi adalah bahagian pinggang hingga kaki wanita itu. 

Dia tak dapat melihat wajah wanita itu kerana wajahnya tertutup oleh rambut hitam panjangnya. Darah wanita itu membasahi salju yang berada di bawahnya. Sang pengendali segera kembali pada temannya. 

“Kenapa?” tanya yg seorang lagi apabila melihat temannya kembali. 

“Ada... ada perempuan kena langgar. Keadaan dia, teruk sangat. Mungkin dia melompat dari atas jambatan. Aku akan dapatkan bantuan kat balai polis terdekat. Kau tunggu kat sini ya?” 

Pada zaman itu, komunikasi belumlah secanggih sekarang. Apalagi saat itu cuaca sedang buruk. Sang pengendali tadi akhirnya meninggalkan temannya untuk mencari bantuan. Lelaki yg ditinggalkan itu dengan sabar menunggu di dalam lokomotif. Dia tahu tak ada jadual keretapi melalui daerah itu, jadi dia tenang saja meletakkan lokomotifnya di situ. Selain itu, lokasi ini amat terpencil. Bahkan tak ada satu pun rumah di sana. 

Hujan salju telah berhenti, meninggalkan tumpukan salju yang tebal di luar. Hanya ada lampu-lampu jalan dari tiang letrik yang menemani lokomotif itu di tengah kegelapan malam. Beberapa saat berlalu dan sang pengendali yg ditinggalkan temannya, mulai mendengar suara di luar lokomotif. 

“Sreeeek... sreeeek...” 

Terdengar seperti suara sesuatu tengah diseret. 

“Soichi?’ Lelaki itu memanggil nama temannya yg pergi mendapatkan bantuan tadi. Namun mana mungkin temannya kembali secepat itu. Lelaki itu mendekati pintu. “Hello, ada orang kat situ?” 

Tiba-tiba pintu lokomotif terbuka. 

“Braaaaaak!!!” 

Diikuti jeritan Sato di tengah kegelapan malam. 

*** 

Beberapa jam kemudian barulah Soichi kembali bersama sejumlah polis. Mereka harus melalui jalanan yang penuh dengan tumpukan salju sehingga perlu waktu lama untuk kembali. Namun sebaik sampai di sana, Soichi ngeri melihat hanya satu bahagian tubuh sahaja yang terlihat di situ. 

Hanya ada bahagian bawah wanita itu, sementara bahagian atasnya lenyap. Masih ada ceceran darah di situ dan bekas seretan. Apakah ada sesuatu yang memindahkan tubuh wanita itu? Namun mana mungkin? Apa tujuannya? 

Soichi dan para polis pun menuju ke lokomotif yang dia tinggalkan tadi. 

“Sato!” panggil Soichi. Dia hairan melihat pintu lokomotif terbuka. Dia masuk dan tak melihat siapa pun di dalam lokomotif, hanya ada tumpukan salju yang masuk melalui pintu yang terbuka. 

Soichi sangat hairan. Sato adalah orang yang sangat bertanggungjawab. Mana mungkin dia meninggalkan lokomotif ini begitu saja di saat dia diminta menjaganya? Soichi dan polis lainnya mencari-cari Sato. Namun Sato seperti lenyap ditelan malam. Tak ada jejak di tanah. Semua jejak sudah tertimbun oleh salju yang kembali turun. 

Beberapa jam mereka mencari namun tak ada hasil. Saat Soichi mulai putus asa, dia mendongak ke atas. Nafasnya seakan terhenti. Dengan ketakutan dia menunjuk ke atas. Pihak polis pun ikut memandang ke atas. 

Mereka semua ketakutan melihat pemandangan yang tersaji di hadapan mereka. Bahkan pengalaman pihak polis itu selama puluhan tahun menangani kes-kes kejahatan seperti tiada maknanya. Mereka belum pernah melihat sesuatu yang mengerikan seperti ini. 

Di atas tiang letrik, tubuh Sato sudah kaku kerana membeku. Wajahnya tampak ketakutan setengah mati. Entah apa yang telah membunuhnya, suhu yang di bawah kosongkah, atau rasa takutnya. Sementara di pinggang Sato, melingkar bahagian tubuh wanita yang digilis itu. 

Bahagian pinggang hingga ke atas, memeluk erat Sato yang telah mati. 

*Jika anda ingin tahu mengapa cerita ini diberi judul “Teke Teke”, cuba Google nama itu di image search Google...”


Moral of the story: Kalau harus ditinggalkan seorang2, jangan pernah mahu. Apatah lagi kalau anda baru saja melanggar sesuatu. Ikutlah teman anda pergi meminta bantuan!




URBAN LEGEND 13: SQUARE (Jepun)



Al kisah, lima orang pendaki gunung tersesat di tengah pergunungan bersalju (versi lain cerita mengatakan mereka merupakan mangsa yg selamat dari kemalangan kapalterbang). Kerana tidak kuat, salah seorang dari kelima pendaki itu akhirnya meninggal. Namun keempat temannya yang lain menolak meninggalkan jenazah teman mereka di tengah gunung dan memutuskan membawanya. 

Hingga suatu saat di tengah badai salju, mereka menemukan sebuah pondok kayu. Mereka bersyukur dan segera berlindung di dalam pondok kayu itu. Pondok itu berbentuk segiempat. Pondok itu tampak sudah tua, namun masih kukuh. 

Celakanya, sama sekali tak ada lampu di dalam pondok itu, sehingga mereka terpaksa menghabiskan malam dalam keadaan yg gelap gulita. Mereka meletakkan jenazah teman mereka di tengah ruangan yang berbentuk segi empat itu. Mereka pun mulai bercakap-cakap. 

“Malam ni kita tak boleh tidur. Kalau kita tidur, mungkin kita takkan boleh bangun lagi.” 

“Ya, aku tahu. Tapi bagaimana caranya? Kalau kita tak buat sesuatu, kita pasti akan tertidur.” 

“Aku tahu, kita lakukan saja satu permainan.” Usul salah seorang teman mereka, masih dalam keadaan gelap gulita. Mereka sama sekali tak dapat melihat satu sama lain, jadi mereka tak tahu dengan siapa mereka berbicara dan siapa yang mengusulkan permainan itu. 

“Permainan apa?” 

“Begini, ruangan ini kan berbentuk kotak. Bagaimana jika masing-masing dari kita berempat berdiri di setiap sudut ruangan. Waktu permainan dah mula, salah seorang dari kita berlari ke sudut ruangan terdekat dan tepuk punggung orang yang ada di situ. Orang yg punggungnya kena tepuk kena lari lagi untuk menepuk punggung orang lain yg ada di sudut terdekat dengannya. Sambung terus sampai balik pada orang pertama dan kita teruskan sampai Subuh.” 

“Itu idea bagus,” semua orang tampaknya setuju. “Macam tu sepanjang malam kita akan bergerak dan tubuh kita akan terasa hangat.” 

Akhirnya mereka melakukan permainan itu. Masing-masing dari mereka, sebut saja A, B, C, dan D berdiri di sudut ruangan. A mulai berlari ke B dan menepuk punggung B. B kemudian langsung berlari dan menepuk punggung C. C pula lalu berlari menepuk punggung D. Dan begitulah seterusnya, mereka melakukan permainan itu hingga pagi. 

Saat pagi tiba, mereka mulai merasa lega. Cahaya mulai menerangi seluruh ruangan sehingga mereka mampu melihat seisi ruangan. Salah seorang teman mereka rupanya mengenali tempat ini dan tahu jalan keluar dari tempat itu. 

Namun waktu mereka menyedari bentuk ruangan yang mereka tempati sejak semalam, mereka mulai sedar bahawa ada sesuatu yang pelik. Lalu mereka mulai ketakutan. Permainan itu ternyata tak semudah yang mereka duga. 





Permainan dimulai ketika A berlari dan menepuk punggung B. B kemudian berlari menepuk punggung C. Lalu C berlari menepuk punggung D. Sampai di sini tak ada masalah. Namun ketika D berlari ke A, sepatutnya tak ada orang di sana, sebab A dah berada di B. Sepatutnya D harus berlari 2 kali utk dapat menepuk punggung A, yg dah berada di B (dari D, D harus berlari melintasi point A, dan harus berlari sekali lagi utk pergi ke point B sebab A masa tu dah ada kat B). Betul bukan? 

Tapi waktu mereka bermain, tidak ada seorang peserta pun yang harus berlari dua kali. Waktu tiba di A, D telah menepuk punggung 'seseorang' yang kemudian berlari menepuk punggung A yang sedang berada di B. 

Mereka akhirnya sedar sesuatu, bahawa permainan ini walau pun dilakukan di ruangan berbentuk segi empat, tak mampu dilakukan oleh empat orang. Permainan ini harus dilakukan oleh lima orang. Namun mereka hanya ada berempat sewaktu mereka melakukan permainan itu. 

Lalu mereka menatap jenazah teman mereka yang terbujur kaku di tengah ruangan. Ya, mereka tak hanya berempat di dalam ruangan. 

Mereka berlima. 


Moral of the story: Lain kali jangan main dalam ruangan segiempat tepat. Nanti ada 'orang ke lima' yg ikut bermain bersama anda!


URBAN LEGEND #14: UM-MA (Korea)



Kisah ini adalah urban legend yang sangat terkenal di Korea (“Um-ma” adalah panggilan anak kepada ibunya di Korea). 

Seorang anak memanggil ibunya berkali-kali. Namun sang ibu sama sekali tak memberikan respon kepada panggilan anaknya. 

“Um-ma...um-maaaaaaaaaaaaaaaaaa......!!!” 

Sang ibu masih tidak menoleh.

“Um-ma.... saya panggil banyak kali, kenapa um-ma tak jawab?” 

Wanita yg disangka ibu itu, akhirnya menoleh kepada si anak dan menyeringai ngeri sambil bertanya, "Apakah aku ini mirip dengan ibumu?” 


Moral of the story: Kalau kita nampak wanita yg seperti ibu kita dan kita panggil dia sampai 3 kali tapi dia tak jawab juga, pergi jauh2... jangan dipaksa. Kadang2 mungkin ada 'benda' yg menyamar sebagai orang yg kita kenal...




URBAN LEGEND #15: 10 DAYS DREAM (Sumber asal tidak diketahui)

Sebelum korang baca sampai ke bawah, TT peringatkan dulu bahawa urban legend ini sangatlah disturbing. Buat yang tak berani membacanya, sebaiknya segera tinggalkan last part ni. Jangan sampai korang menyesal setelah membacanya. Kalau korang masih nekad, silakan tanggung sendiri akibatnya.




Setelah korang selesai membaca sehingga ke akhir perenggan, korang akan bermimpi SEPULUH MIMPI seperti di bawah. Jadi TT berikan kesempatan sekali lagi utk tinggalkan thread ni. Kalau tak nak tinggalkan, korang akan bermimpi kesemua 10 mimpi seperti di bawah dan korang kena ikut arahan bagi setiap mimpi. Nak teruskan juga membaca? Baik, jangan menyesal...

MIMPI HARI PERTAMA: 

Anda sedang bermimpi tengah tidur di dalam kamar anda. Anda kemudian akan menyedari ada seorang anak perempuan yang mengintip melalui jendela kamar anda. 

Arahan:
Biarkan anak perempuan itu masuk. 

MIMPI HARI KEDUA: 

Anak itu sekarang ada di dalam kamar anda. Dia terus menunduk sehingga anda tak mampu melihat wajahnya. Dia terus menggumam dan beberapa saat kemudian anda akan menyedari bahawa dia terus mengatakan, “Ku mohon jangan ... ku mohon jangan...” 

Arahan: 
Biarkan gadis itu naik ke tempat tidur dan berbaring di samping anda. 

MIMPI HARI KETIGA 

Anak itu sekarang berbaring di samping anda. Anda akan dapat melihat wajah anak itu hancur kerana terbakar hebat. 

Arahan: 
Apa pun yang terjadi, jangan menangis atau menjerit saat melihat wajahnya. 

MIMPI HARI KEEMPAT 

Anda bangun dari tempat tidur. Gadis itu berkata, “Jom pergi ke taman.” 

Arahan: 
Bawa dia ke taman terdekat tanpa mengatakan suatu apa pun. 

MIMPI HARI KELIMA 

Di taman, anda akan melihat seorang wanita mendorong kereta bayi. Perhatikan baik-baik dan anda akan melihat bahwa ibunya adalah seekor kucing dan bayinya adalah seekor anjing. 

Arahan: 
Anda harus membunuh salah satu dari mereka. 

MIMPI HARI KEENAM 

Saat anda tengah bermain di taman bersama gadis itu, anda akan melihat sebuah pesawat hendak berlepas dari landasan. 

Arahan: 
Pastikan anda naik pesawat itu tepat waktu. 

MIMPI HARI KETUJUH 

Pesawat akan penuh dengan orang-orang yang seperti anda, yg telah mendengar cerita ini. 

Arahan: 
Apa pun yang terjadi, anda harus mendapatkan tempat duduk yg kosong. 

MIMPI HARI KE LAPAN 

Setelah beberapa saat, akan turun hujan mawar merah dan mawar hitam dari atas. 

Arahan: 
Buang hanya mawar hitam dari atas pesawat.

MIMPI HARI KE SEMBILAN: 

Pesawat itu akan membawa anda kembali ke taman. 

Arahan: 
Pulang bersama gadis itu dan kembali berbaring dengannya di kamar. 

MIMPI HARI KE SEPULUH: 

Anda takkan tahu apa yang akan terjadi pada mimpi hari ke sepuluh kecuali anda telah melakukan semua yang diharuskan pada ke sembilan mimpi sebelumnya. 


Peringatan: Setelah membaca KESEMUA MIMPI2 DI ATAS, anda tak akan dapat membatalkannya. Anda akan memimpikan 10 mimpi ini 3 hari setelah anda membacanya. Jika anda sudah terlanjur membacanya, anda harus mengikuti semua arahan dalam setiap mimpi, untuk menyelesaikannya. Jika tidak, mimpi-mimpi ini akan terus berulang seumur hidup anda.... 

Ingat, anda harus menceritakan tentang cerita mimpi ini kepada orang lain. Jika tidak, anda akan kembali ke mimpi pertama dan mengulanginya dari awal.
Disqus Comments