Tuesday 22 April 2014

Kisah Honda Cup



1938, Sichiro Honda membuka bengkel untuk mencipta 'piston ring' ( kalau biasa dengan kereta tahulah apa benda alah ni)

Dengan harapan dapat dijual pada Syarikat Toyota

Oh ya,ketika itu beliau masih bersekolah..

Selepas bersusah payah,akhirnya siap.

Beliau bawa dan tunjuk ciptaannya kepada Syarikat Toyota

Jawapan Syarkat Toyota :
"This thing do not meet our standard!"

Kemudian,Honda balik bengkel ,ubah suai balik untuk capai standard Syarikat Toyota..

Berapa lama masa Honda buat ubah suai??
1 hari,?1 minggu? 1 bulan?..bukan..
tetapi 2 TAHUN lamanya beliau buat ubah suai..

Akhirnya,Syarikat Toyota puas hati dan Honda berjaya dapat mendapat kontrak untuk bekalkan piston ring kepada kereta buatan Toyota.

Tetapi tidak lama selepas itu,baru Honda sedar beliau perlu ada sebuah kilang untk manafacture piston ring dengan banyak untuk supply pada Toyota..

Kebetulan pula masa tu Jepun sedang di ambang perang dunia so,kerajaan jepun perlukan semua sumber concrete untuk tujuan peperangan..

Akibatnya,Honda tidak cukup bekalan concrete untuk buat kilang..

Adakah beliau give-up?..tidak! sebaliknya beliau cipta teknik baru untuk buat concrete untuk bina kilang sendiri..

Akhirnya beliau berjaya bina kilang untuk buat piston ring.

Tapi selepas itu kilang Honda kena bom 2 kali dengan US

Kalau orang lain,mungkin dah 'harakiri' dah kot..huhu

Sebaliknya,apa yang beliau buat adalah mengumpul serpihan tin gasoline yang dibuang oleh tentera US..beliau kata ini merupakan hadiah dari Presiden Truman (presiden US masa tu)

Beliau guna tin gasoline tu sebagai bahan mentah untuk bina kilang semula..

Adakah beliau berjaya kali ini?

Semasa kilang sedang dibina,GEMPA BUMI melanda! Kilang musnah kembali

Selepas perang tamat,jepun mengalami krisis kekurangan gasoline..rakyat jepun lebih prefer guna basikal masa tu

Dengan kata lain,tiada market untuk kereta..

Tiada permintaan untuk kereta,maka piston ring Honda sudah tidak diperlukan oleh Syarikat Toyota pada masa tu..

Adakah Honda give up..

Tidak seklai-kali..sebaliknya.. beliau nampak ini satu peluang baru!

Beliau gabung ciptaan pistong ring beliau pada basikal.

TADA!

Hasilnya,tercipta motosikal pertama Jepun : Honda Cup

Bermula tahun 1964 Honda merupakan pengeluar terbesar motosikal dan kini ianya
bernilai AS18.5 bilion.

Sepanjang membina empayar Honda Motor Corporation, 5 kali Honda mengalami situasi hampir bankrupt tapi setiap kali itulah beliau bangkit semula!
Disqus Comments